Aku teringat masa-masa dulu pada tahun dua atau tiga, semasa Lonz, Wafi, Pak Tua, Amir tengah mengila Multi Level Marketing (MLM) yang dikatakan begitu meguntungkan. Semua begitu teruja dengan menjual atau mempamerkan produk-produk mereka dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, melihat dari perspektif yang lain, budak2 engineering begitu teruja dengan perniagaan dan pelaburan. Tapi jalan yang diambik mungkin tidak kena dengan personaliti dan identiti sendiri.
Aku dengan kesempatan ini ingin menunjukan satu pelaburan yang aku sendiri telah lalui, untung dan rugi adat dunia. Tapi dengan ilmu yang betul & masa yang sesuai, keuntungan boleh diraih dengan sekelip mata. Tapi jangan terlalu tamak. Pelaburan yang aku ingin katakan disini ialah UNIT TRUST.
Ramai telah mendengar tentang AMAHAH SAHAM NASIONAL, WAWASAN dan banyak lagi yang dikeluarkan oleh PERBANANAN NASIONAL BERHAD (PNB). Tetapi pernahkan kita mendengar tentang portfolio lain yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan seperti Public Mutual (Public Bank), CIMB Investment (CIMB Bank), AMInvest (AM Bank) dan lain-lain lagi.
Portfolio yang dikeluarkan oleh bank—bank agak berlainan dengan ASN,ASB dan etc. ASN, ASB adalah berdasarkan dividen dengan harga permulaan yang sama iaitu RM1/unit. Harga ini akan kekal dan dijamin oleh kerajaan. Keuntungna adalah berdasarkan dividen pada penghujung tahun, biasanya 6% ke 9%.
Bagi Portfolio bank pula, ia adalah sama dengan saham atau lebih dikenali sebagai equity. Ada juga yang berdasarkan Warrant, Bond, Harga Komoditi, Money Market dan lain-lain. Keuntungan dan kerugiaan adalah bergantung kepada pasaran semasa, antarabangsa, masa, ekonomi, dan portfolia yang dibeli oleh kita sendiri. So belajar lah tentang ekonomi, Share Market, Gold, Comodities, Dow Jones, Han Seng, Futures, untuk mendalami lebih lanjut. Ini juga merupakan salah satu pelaburan yang tinggi risiko jika tidak dikawal dan juga menguntungkan bagi yang pintar.
Bagi Unit Trust ia adalah agak selamat kerana share kita dikawal dan diselia oleh pengurus fund, dan dijaga untuk mengelakkan kerugiaan. Berbanding dengan share market, yang kita terpaksa menjaga dan monitor sendiri. Keuntungan terbanyak yang pernak aku dapat ialah 11%/ 3months. Ia adalah lebih bagus daripada ASN/ASB, namun begitu aku boleh katakan aku bernasib baik kerana ketika itu indek Malaysia berada pada 850 (Jan 2009) dan melonjak kepada 1200 (Sept 2009). Tetapi jika ekonomi tidak berapa bagus, kita juga mati……
Tetapi jangan risau kerana, banyak jenis pelaburan yang ditawarkan contohnya,
1. Portfolio bedasarkan equity ( High Risk – High Margin) 10% above per annum ( tak ada untung pun ada)
2. Portfolio berdasarkan bond warrant (Medium Risk- Medium Margin) 5%- 9%, kadang-kadang up to 12% p.a (ikut kadar inflasi. lagi tinggi inflasi lagi bagus)
3. Money market (Low Risk-Low Margin) 2%- 6% p.a, macam adik beradik fixed deposit dan ASN.ASB
Angka angka diatas adalah berdasarkan kadar yang bagus, tapi jangan telan bulat, belajar dulu. Baca buku, study ekonomy, baca akhbar, tengok chart, dan lain-lain. Tiada benda mudah nak jadi mudah. Minimum pelaburan biasanya RM1000/portfolio. So pikirlah sendiri.
Disini aku ingin menunjukan satu lagi perspeksi baru dunia pelaburan (sebenar dah lama wujud dah). Tapi orang aku paling respect, Lonz. Wa tabik sama lu kerana berani dalam menceburi dunia perniaagaan walau umur masih jagung. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak.