Aku melihat seorang bayi sedang mencari pengalaman dan ilmu. Dari tidur seharian ---> bangun berguling ---> bergerak –> merangkak ---> dan sebagainya.
Sebelum Ku lihat untuk dia mula merangkak, ia mula bangun dan cuba berguling. Jatuh berkali-kali sehingga tidak terkira. Terhantuk berpuluh-puluh kali. Namun tidak jemu untuk bangun kembali. Menangis hanyalah sementara. Memandi air mata hanya sesaat. Kemudian, lupakan apa yang telah berlaku dan bermula semula.
Tetapi kita, orang dewasa. Beranikah kita untuk jatuh untuk belajar dari kesilapan. Adakah kita tidak mahu terhantuk untuk mengingati supaya cuba lagi. Aku ingat, budak lagi berani memcuba dari orang dewasa. Mungkin juga, budak tiada responsibility, tetapi kita orang dewasa sepatutnya mencuba juga walau sedikit. Semasa muda kita sepatutnya mencuba apa yang boleh kerana kurang responsibility. Jika kita sekarang takut untuk mencuba, apa lagi pada masa akan datang.
Cuba untuk berjaya. Cuba untuk belajar dari kesilapan. Cuba meyakinkan diri. Cuba dan terus mencuba. Ramai yang iri hati dengan graduan yang bergelar jurutera. Namun begitu mereka tidak putus asa untuk mencuba dan terus mencuba dan akhirnya berjaya lebih hebat dari mereka yang bergelar jurutera. Kita tidak harusnya kalah denga mereka. Mereka hanyalah berbekal iltizam, keyakinan, dan sedikit keberanian. Pinjamlah sedikit keberanian dari bayi-bayi dan kanak-kanak sekeliling anda. Mungkin dari sini, pengembaraan anda bermula…..
No comments:
Post a Comment