Saturday, December 12, 2009

Rajin nya

Aku membaca kisah Imam Syafi’iy dalam buku “Biografi 4 Serangkai Imam Mazhab”. Tergerak hati aku nak tulis skit pasal diri kita dan kerajinan Imam Syafi’iy. Jangan nak banding dengan iman memang la jauh. Hari ini kita kita just ambik bab kecik skit “rajin”.

Sebelum umur 9 thn dah hafal quran dan hafal kitab “Al-Muwaththa” yang disusun oleh Imam Malik. Al-Muwaththa dipinjamnya daripada seorang penduduk Makkah. Dihafalnya sehingga habis. Pada masa itu kertas-kertas tidak mampu dimiliki oleh Imam Syafi’iy, dicari nya kertas-kertas di luar Makamah yang dibuang. Tulang-tulan dibuat sebagai kertas. Ditulis dan dikumpul kertas-kertas dan tulang2 didalam bilik sehingga penuh biliknya itu. Imam merasakan beliau trpaksa membuang tulisan-tulisan yang ada di biliknya. Kemudiannya dihafal satu per satu tulisan dan akhirnya kosong biliknyan itu.

Allah juga berfirman dalam surat pertama diturunkan kebumi iatu Iqra yang bermaksud bacalah. Arahan pertama Allah pada nabi ialah Bacalah. Semua diatas adalah bermaksud ilmu adalah penting dalam kehidupan seharian kita dan tidak haruslah kita mengabaikannya. Bacalah disini tidak bermaksud hanya membaca Quran, Hadis dan sebagainya. Ia merangkumi skop yang luas dan perlu difahami dengan teliti. Farhdu Ain dan fardu kifayah haruslah diselaraskan dan seiring supaya orang Islam dapat maju kehadapan.

Untuk memahami kedua-dua ilmu dalam fardhu ain dan kifayah, pembacaan adalah amat penting.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

No comments: