Thursday, December 17, 2009

Penang WEDD n Lawatan sambil belajar....

Tahniah to Leman and Ros !! Welcome to the club....
hehe....
Selepas rush-up by train to Penang....sempat memenuhi kenduri at Teluk Kumbar...
Ramai yang dtg....as usual Nasi KANDAR menjadi hidangan....

Teluk KUMBAR


Pose dgan hadiah .....lain kali beli adiah kat jusco...
(xpayah susah2 balut..pesan abang Opie)




Persidangan kerusi bulatan....


akhirnya pengantin sampai....3kali dah minum air kuar msuk....
haha...



Sorila Leman kami xsempat bergambar ......ade lawatan perlu dipenuhi

Lawatan sambil belajar ke PESONA

sebelum pulang kami singgah ke rumah hifzan shafiee....



Si Husaini bersama lon...



Meet Uncle Opie feat Husaini ....(ade gaya ??)


Bersama Uncle Perodua

Terima kasih tuan rumah membelanja kami Domino...Sedap !! haha....
Jumpe lagi kenduri KULIM !!


-FeRuM-

Teluk Intan WEDD

Last week were held two WEDD event first in Teluk Intan and another one in Teluk Kumbar, Penang.
Mini reunion was successfully happen !! haha....

12.12.09
Teluk Intan Event

Tahniah to Pilee and Azreen ......
Makanan Best !! ade ayam golek ngn acar buah....hehe
Alhamdulillah jumpe Asrul (EE) on the way masuk Tapah...senang skit nk sampai....
hehe....
kad lupe bawak !!

Some review of the walimah.. aku lupe tnyer Pilee brape kali akad ...
hahaha.....

nnti sape2 tolong tnyer kan yer....


Pesal Pilee xtgok kamera ?? isk... ade org minat ko punyer kerongsang tu...
cmne nk kontek nie ??



Geng-geng ni je sempat bgambar kat pelamin.....turn sape lpas nie??
yang pegang bunga ke?? yg senyum sgguh2 ke?? or yg serius tuuhh??
yang pasti bukan aku.... :D haha... nnti mem mrah....haha...



Ketidak stabilan ahli.....

Disebabkan kumpulan ADAM tidak membawa kamera jd kami terpaksa mnumpang kamera kumpulan HAWA...
LAIN KALI BAWAK !! Bateri tu cas dulu !!

hehe....jgan marah yer...
NAQIU !! tersorok ditepi gmbar tu..... nampak x ??


Off dulu...
-FeRuM-

Saturday, December 12, 2009

Pengembaraan Bermula…

Aku melihat seorang bayi sedang mencari pengalaman dan ilmu. Dari tidur seharian ---> bangun berguling ---> bergerak –> merangkak ---> dan sebagainya.

Sebelum Ku lihat untuk dia mula merangkak, ia mula bangun dan cuba berguling. Jatuh berkali-kali sehingga tidak terkira. Terhantuk berpuluh-puluh kali. Namun tidak jemu untuk bangun kembali. Menangis hanyalah sementara. Memandi air mata hanya sesaat. Kemudian, lupakan apa yang telah berlaku dan bermula semula.

Tetapi kita, orang dewasa. Beranikah kita untuk jatuh untuk belajar dari kesilapan. Adakah kita tidak mahu terhantuk untuk mengingati supaya cuba lagi. Aku ingat, budak lagi berani memcuba dari orang dewasa. Mungkin juga, budak tiada responsibility, tetapi kita orang dewasa sepatutnya mencuba juga walau sedikit. Semasa muda kita sepatutnya mencuba apa yang boleh kerana kurang responsibility. Jika kita sekarang takut untuk mencuba, apa lagi pada masa akan datang.

Cuba untuk berjaya. Cuba untuk belajar dari kesilapan. Cuba meyakinkan diri. Cuba dan terus mencuba. Ramai yang iri hati dengan graduan yang bergelar jurutera. Namun begitu mereka tidak putus asa untuk mencuba dan terus mencuba dan akhirnya berjaya lebih hebat dari mereka yang bergelar jurutera. Kita tidak harusnya kalah denga mereka. Mereka hanyalah berbekal iltizam, keyakinan, dan sedikit keberanian. Pinjamlah sedikit keberanian dari bayi-bayi dan kanak-kanak sekeliling anda. Mungkin dari sini, pengembaraan anda bermula…..

Qurban

Waa… Letih betul qurban tahun nie, kena lapah lembu. X ramai yang datang gotong royong. Semua datang tengok sahaja. Memang bagus!!! Ada yang siap datang lengkap berbaju melayu lagi. Ingat ni raya puasa apa. Nak tegur, tua pada aku. Karang tak pasal pasal bergaduh. Tak tegur aku yang letih.

Adalah sunat tengok orang sembelih dan datang tolong bagi yang tak qurban la. Datang tolong tu pun satu rahmat. TApi jangan tengok jer. Ingat dah kerja pegawai ker apa ker tak payah pegang pisau lapah skali. Orang lain pun pegawai juga, apa salah nya tolong skali. Lain orang lain cita rasa.

Budaya kelantan, sembelih kat rumah, kongsi-kongsi ngan sedara mara, jiran-jiran. & bahagian tu dicari- cari lah orang yang mampu dan sedia berqurban. Lepas tu sembelih.

Biasanya qurban gotong royong nie nak bagi jimat kos, sebab tak payah hire tukang lapah. Sendiri bikin lapah tu. So jimat la skit. RM240 pun dapat qurban dah. Tapi tolong-tolong la sikit jangan la datang niat dan melawat jer. Kita orang pun bayar jugak. Apa beza korang ngan aku. Tempat lain luar kelantan RM350 paling kurang, sebab jenis suka datang niat n tengok jer. Ni la masalah nya.

Satu lagi, datang tolong lapah lembu bawak pisau cap KIWI, aduh sakit otak aku. Ingat peraduan memasak 1001 Rasa Baba apa. Tension. Kepada yang tak pernah melapah, biasa orang guna pisau tempa. Bukan mahal pun RM30~RM50 jer. KAlau nak branded, RM300 pun ada. Tengok modal la. Dah ler guna pisau kiwi, komplen plak pisau tumpul, asah dekat 30 kali masa melapah, sakit otak betul. TAk per la, mungkin kali pertama berqurban, bleh dimaafkan.

Rajin nya

Aku membaca kisah Imam Syafi’iy dalam buku “Biografi 4 Serangkai Imam Mazhab”. Tergerak hati aku nak tulis skit pasal diri kita dan kerajinan Imam Syafi’iy. Jangan nak banding dengan iman memang la jauh. Hari ini kita kita just ambik bab kecik skit “rajin”.

Sebelum umur 9 thn dah hafal quran dan hafal kitab “Al-Muwaththa” yang disusun oleh Imam Malik. Al-Muwaththa dipinjamnya daripada seorang penduduk Makkah. Dihafalnya sehingga habis. Pada masa itu kertas-kertas tidak mampu dimiliki oleh Imam Syafi’iy, dicari nya kertas-kertas di luar Makamah yang dibuang. Tulang-tulan dibuat sebagai kertas. Ditulis dan dikumpul kertas-kertas dan tulang2 didalam bilik sehingga penuh biliknya itu. Imam merasakan beliau trpaksa membuang tulisan-tulisan yang ada di biliknya. Kemudiannya dihafal satu per satu tulisan dan akhirnya kosong biliknyan itu.

Allah juga berfirman dalam surat pertama diturunkan kebumi iatu Iqra yang bermaksud bacalah. Arahan pertama Allah pada nabi ialah Bacalah. Semua diatas adalah bermaksud ilmu adalah penting dalam kehidupan seharian kita dan tidak haruslah kita mengabaikannya. Bacalah disini tidak bermaksud hanya membaca Quran, Hadis dan sebagainya. Ia merangkumi skop yang luas dan perlu difahami dengan teliti. Farhdu Ain dan fardu kifayah haruslah diselaraskan dan seiring supaya orang Islam dapat maju kehadapan.

Untuk memahami kedua-dua ilmu dalam fardhu ain dan kifayah, pembacaan adalah amat penting.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

Wednesday, December 2, 2009

Malaysia oh Malaysia....

Dikala aku menerima banyak invitation perkahwinan normal...timbul pula cerita sebegini... teruk sgt kah rakyat Malaysia dan dunia ni...

Pondan Malaysia disunting warga Britain (source KOSMO)

MOHAMMED FAZDIL MIN BAHARI (kiri) bersama Ian Young pada satu majlis sivil di London pada Mei lalu.


LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam.

Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.

Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia.

Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.

Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.

"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris.

Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil bin Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.

Jurusolek itu tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. - Agensi

PERSOALAN PENTING

  1. Apakah terjadi kepada lelaki ini ?? (should i call HE or SHE ??)
  2. Dimanakah Islam ??
  3. Sejauh mane penekanan ajaran dan pendekatan Islam yg die still nak tukar jantina ??
  4. Apa kite patut Buat??
  5. Kerajaan ?? nk salah kan mak bapak dgn didikan yg kurang or siaran tv yg tidak membina ?? (SHOULD me Boycott TV for my children ? )
  6. Sekolah Agama based or Biase ?
Adakah perlu di iktiraf golongan ini ?? tidakkah dunia ini akan jadi keliru dgn jantina ??
JANTINA seseorang akan susah dikenali secara rambang lagi....xkan nak cek sorang2 kot.....HAHAHA....
Susah laki nk mengorat ....takut tersilap ...kui3
Susah2....

erm.....
Fikir-fikirkan ....jgan amalkan perkara ini.. hehe..

Source lain
The Sun UK detail

-FeRuM-
Ya Allah, selamatkan generasiku dr bencana ini...