Saturday, October 31, 2009

Board of Engineers

Ada 2 geng kita tanya aku pasal Board of Engineers, so aku just nak terangkan sekali lagi la.

Board of Engineers, Malaysia atau juga nama melayu nya Lembaga Jurutera Malaysia adalah pertubuhan kerajaan yang mengiktiraf segala kerja-kerja & ahli-ahli yang berkaitan kejuruteraan. Kalau ikut Law of Malaysia, sesiapa yang ingin menjalankan kerja-kerja kejuruteraan mestilah berdaftar dengan BEM. Itu kalau ikut law la.

BEM mempunyai 2 kategori keahlian,

1- Graduate Engineer

2- Professional Engineer (P.E)

Sebelum pergi ke P.E atau jurutera profesional kita haruslah mendaftarkan dahulu sebagai graduate engineer. Kelayakan untuk mendapatkan graduate engineer senang jer bagi kita lepasan USM. daftar jer selagi ijazah sarjana muda kejuruteraan. Ijazah sarjana muda lain x leh pakai. Komfirm dapat punya, tapi aku dengar jgk mekatronik,bahan batch awal2 x recognize pun.

Aku dengar jgk rumor masa study kat USM, sapa daftar kalau ada apa2 kena tanggung kerugian. Itu adalah benar, tapi untuk yang daftar Jurutera Profesional sahaja. Sebagai pendaftar Graduate Engineer x payah nak tanggung apa-apa pun. Tu pun P.E yang sain drawing jer yang kena. P.E yang handle x kena pun.

Sebenarnya x der rugi pun daftar Graduate Engineer, RM50 jer rugi seumur hidup. Bayaran RM50 tu valid sampai seumur hidup. So kalau bayar rasa rugi, aku x mampu komen la. Lagipun kalu nak daftar dengan lain-lain badan. contohnya Suruhanjaya Tenaga, DOE, TNB, Suruhanjaya Perkhidmatan Air, Akta Kilang, memang kena daftar ngan BEM pun. So mmg x leh lari. Ramai yang buat P.E sebagai batu loncatan kepada nak jadi manager antau nak bukak bisnes sendiri atau nak upgrade kepada level yang lebih besar.

Lembaga-lembaga lain yang setaraf dengan BEM;

1- Lembaga Arkitek Malaysia (Board of Architect Malaysia)

2-Lembaga Juru Ukur Bahan Malaysia (Board of Quantity Surveyor Malaysia)

3-The Malaysian Bar (Peguam)

dan banyak lagi la.

No comments: