Tuesday, November 3, 2009

Hujan Emas di Negeri Orang

Dalam pemerhatian aku di pejabat yang sekarang aku tinggal. Kebanyakan chinese mempunyai title Ir di Penang adalah berasal dari negeri lain, seperti Kedah, Perak,KL dan lain-lain, Adakah ini menunjukkan Chinese Penang juga berhijrah ke negeri lain untuk berkembang. Ada seorang engineer, Ir dari Penang tapi menetap di Perak dan berjaya di Perak. Ini menunjukkan betapa pentingnya HIJRAH dalam kehidupan seseorang untuk meningkat prestasi dan keupayaan diri masing2. Nampak nya orang bukan Islam lebih mengutamakan Hijrah dari umah kita sendiri. Begitu jaga dengan golongna mamak di Penang, asal usulnya bukan di Penang tapi India. Selepas begaul dengan orang melayu, sedikit sebanyak ada perubahan budaya berlaku. Dan mereka begitu berjaya di KL dan Penang. Bagaimana dengan melayu Islam di Penang?

Oleh kebanyakkan dari kita adalah bekerja di luar negeri masing2, mungkin kita akan mencapai sesuatu yang mungkin orang yang bekerja di dalam negeri tidak akan dapat. Kesungguhan dan keazaman dan juga survivor skill. Kalau dulu orang survivor di dalam hutan rimba, sekarang keadaan berubah, survivor di hutan batu adalah lebih susah dan sukar.

Ada seorang kawan aku berumur 24 tahun, draughter di pejabat aku tinggal sekarang, gaji nya lebih kurang RM1+++.00. Selepas 6 bln bersama company aku, dia cabut dan pergi ke Abu Dhabi. Gaji yang ditawar RM4+++. Hampir 3 kali ganda dari yang dia dapat sekarang. Pada mulanya dia takut jugak untuk ke Abu Dhabi, tak ada sesiapa untuk menjaga makan dan minum. Tetapi sekarang aku chat nya dia, happy jer. Duit cukup. Makan OK. Kerja rilexs. Rumah orang bagi. Complete. Aku rasa jarang fresh grad engineer dapat harga tu kalau masih stay di negara sendiri.

Bagi yang masih tak mempunyai kerja lagi atau tidak berpuas hati dengan kerja yang ada sekarang mungkin boleh kita fikir-fikirkan bersama Option ini. Tidak salah untuk kita mencuba dan terus mencuba.

No comments: