Kepada yang masih belum menemui jodoh yang sesuai, jangan lah berputus asa, semoga berjumpa nanti di lain masa dan waktu. Sesiapa yang terasa sudah ber couple lama-lama tu, insya allah booleh mempercepatkan jodoh tu. Kesianlah kepada kaum lelaki kerana mahalnya mahar, x dapat nak kahwin. Tapi Malaysia pelik sedikit kerana mahar x mahal (bawah RM100 jer) tapi hantaran (x wajib pun) kat mak bapak lagi mahal (ribu2). Buat macam kelantan, mahar(wajib) la mahal.
Tapi aku mendengar beberapa kawan-kawan kita mengeluh bahawasanya nak kahwin mahal sangat la. Ishhh. Apa komen anda? Siapa yang menyebabkan kahwin jadi mahal sangat. Pengantin perempuan ker, mak bapak dia ker, nak tunjuk eksen ker. Tepuk dada tanya selera.
Ada yang mintak RM 8K, 10K, 11K, 15k. tak mahal sangat ker??? Kos kenduri RM5k paling kurang pun, persiapan RM2k, paling koman pun RM20k satu pihak. Ishhh, banyak tu. Kalau fresh grad, mampus. Kalau budak degree, may be ok la. Kalau budah sijil ker dip ker, x ker mampus. Gaji baru RM1k, nak kena tunggu 7 thn baru bleh kahwin. Kalau mak bapak x der duit, x kawin sampai ker tua la jawabnya. Komen skit geng…
“Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, di dalam Musnadnya, no. 23957. Dihasankan oleh sheikh al-Albani di dalam Sahihul Jami’, 2/251)
“Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2117, kitab an-Nikah. Dinyatakan al-Albani sebagai diterima menurut syarat imam Muslim di dalam al-Irwaa’, 6/345)
Hukum Mahar
Seorang suami diwajibkan memberi mahar kepada isterinya walaupun mahar itu bukan salah satu daripada syarat sah atau rukun nikah. Jika tidak disebutkan mahar di dalam akad nikah atau ada perselisihan di dalamnya, maka pernikahan tersebut tetap sah. Ini membuktikan bahawa ada perbezaan di antara pernikahan dan jual beli. Jual beli itu tidak sah melainkan di dalamnya akad harga yang diketahui. Manakala nikah pula, ianya sah tanpa disebutkan mahar itu di dalam akad.
Kewajipan mahar itu telah disebutkan dalam al-Qur’an, di antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya."
(Surah an-Nisa’: 4)
Menurut al-Qurthubi bahawa ayat di atas ditujukan kepada pihak suami. Ini menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan supaya pihak suami bertabarru‘ dengan memberikan mahar kepada isteri-isteri mereka. (al-Jami‘ Liahkam al-Qur’an: 3/1330)
1 comment:
kawen..mmg mahal..aku pn xtau nape duit hntaran sgt2 mahal..especially kt kedah..wlpn aku belajar smpi degree n x lm lg dh nk abiskn master tp mama ngn abah letak belanja xtinggi sgt (kurang 10k)..sb hanan pn br keje n kami dh lama kenal..xpayah smpi belas2 ribu..yg penting sah dan kehidupan lepas kawen tu yg penting..tp yg peliknya duit belanja aku menjadi persoalan..kenapa sikit sgt?? rugi la anak kak belajar tinggi..kata lelaki tu engineer, msti x ada masalah...ermm aku xfaham masyarakat kt kedah ni..mula2 mama n abah xkisah je sb yg penting perkahwinan tu sah n mudah..tp ble diracun masyarakat setempat, diaorg mula rasa xbest..or maybe malu..tah la..errm, br2 ni aku blk rmh, mama bebel2 sb anak jiran aku, spm je, keje opis kt kilang mn tah, belanja dia smpi 11k..lum masuk mas kawen..sorg lg sepupu jauh aku (lelaki)br p meminang pmpuan (dr kedah jugak) yg spm je n xkeje dgn hantaran 9k..how come?? kadang2 bkn masalah pengantin perempuan @ keluarga pengantin perempuan..tp masyarakat kte sndiri yg pepandai letakkn syarat mcm tu..sb sepupu aku (perak; nk kawen bln 12 ni) tunang dia dr kedah dtg ms meminang ari tu terkejut sb hntaran sepupu aku tu 10k je sb sepupu aku tu inspektor polis (ada degree la)..so family lelaki tu decide nk bg barang hantaran serba satu berdiri! maksudnya barang kemas penuh satu badan dr kepala smpi kaki..so, kt sini dh leh nmpk masyarakat kedah mmg suka n dh biasa ngn belanja hantaran kawen tinggi2..so nasihat aku, b4 meminang pmpuan kedah, siasat dulu bape hntaran diaorg nk letak, takut xcukup budget..(aku bersyukur mama n abah org perak!!)
Post a Comment